Saturday, September 13, 2008

MAJLIS PELANCARAN BULAN ANTI DADAH 18 FEBRUARI

SMK BANDAR SERI ALAM

JOHOR BAHRU

TEMA : PENCAPAIAN KENDIRI

TAJUK : LEARNING TO SAY NO DRUG

SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1

TEMA : PENCAPAIAN KENDIRI

TAJUK : Learning To Say No Drug

ANJURAN : UNIT SLAD, BIMBINGAN KAUNSELING DAN

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK

SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN

TARIKH : Sepanjang Tahun

1. 18 Februari 2008 - Pelanjaran Bulan Anti Dadah

2. Februari – Ogos - Pengumpulan maklumat

3. 15-19 September - Pertandingan sajak,

Melukis Poster,

Kuiz Dadah,

Pameran Anti Dadah

Lawatan Tapak Ekspo Anti

Dadah, Aids dan Jenayah

1 PENGENALAN

Laporan projek ‘Learning To Say No Drug ’ ini disediakan untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1. Tajuk projek yang dipilih adalah berdasarkan tema ‘Pencapaian Kendiri’ . Projek ini dijalankan dengan bantuan guru-guru dan semua pelajar tingkatan 1 yang telah banyak membantu dari segi pengurusan projek dan sebagainya. Projek ini dijayakan hasil gabungan lapan buah kelas tingkatan 1, iaitu Tingkatan 1 Anggerik, 1 Bakawali, 1 Cempaka, 1 Dahlia, 1 Kenanga dan 1 Mawar, 1 Melati dan 1 Teratai.

2 OBJEKTIF PROJEK

Projek Learning To Say No Drug dipilih berdasarkan objektif yang berikut ;

1) Memberi pengetahuan tentang bahaya penggunaan dadah kepada diri, keluarga dan orang lain.

2) Menyemai kesedaran dalam diri pelajar mengenai kepentingan menjauhkan diri dari dadah.

3) Menanam semangat cintakan diri, sekolah dan komuniti dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.

3 PELAKSANAAN PROJEK

3.1 Perancangan

3.1.1 AJK Pelaksana

Penasihat : En Yatiman Bin Kamsidin

Pn Norhayati Bt Ismail

En Mat Esa B Deraman

Setiausaha : Aqilah Bt Yatiman

Naib Setiausaha: Mohd Izat B Ibrahim

Fotografi : 1. Nurul Aini Atikah Bt Jasmani

2. Nurul Anisah Bt Mahyaddin

AJK : 1. AMIRUDDIN BIN NASHARUDDIN

2. MOHD HAZIQ BIN MUSA

3. CHANG TAI SHENG

4. FARIS FAKHRULLAH BIN SUHAIMI

5. LAVANYA A/P CHANDRA SEBARAN

3.1.2 Lokasi Projek

Perkarangan sekolah dan Kawasan Rumah Flat Jalan Tasek 64, SMK Bandar Seri Alam.

3.1.3 Strategi Pelaksanaan

Projek ini dijalankan secara bersama dengan gabungan murid-murid Tingkatan 1. Tajuk projek dipilih selepas AJK berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tarikh pelaksanaan projek ialah sepanjang tahun merangkumi pelancaran Bulan Anti Dadah peringkat kebangsaan pada 18 Februari 2008, diikuti mencari data maklumat tentang dadah seperti jenis-jenis dadah, kesan penyalahgunaan dadah, akta-akta anti dadah, agensi-agensi yang terlibat dengan pembenteras anti dadah, artikal-artikal mengenai dadah melalui sumber internet menggunakan laman web PEMADAM http://www.pemadam.org.my, Pameran Ekspo Pendidikan Anti Dadah, Jenayah dan Aids yang dianjurkan oleh komuniti rumah pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam. Aktiviti ini di tamatkan dengan pertandingan kuiz, pameran buku skrap, pameran anti dadah, pertandingan melukis poster anti dadah dan pertandingan sajak anti dadah. Projek ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 iaitu Tingkatan 1 Anggerik, 1 Bakawali, 1 Cempaka, 1 Dahlia, 1 Kenanga dan 1 Mawar, 1 Melati dan 1 Teratai dan dikawal selia oleh En Yatiman Bin Kamsidin, Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Untuk menjayakan program ini memerlukan komitmen tinggi, wang ringgit, masaa dan tenaga. Semua pelajar perlu menghadiri aktiviti yang dinyatakan..

3.2 Kerja Amali

3.2.1 Melaksanakan Projek

Pelajar-pelajar tingkatan satu telah memberikan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan tugasan. Semua terlibat dalam pencarian maklumat mengenai dadah, menghadiri pameran yang ditetapkan, menyediakan wakil peserta yang untuk sama-sama terlibat.

3.2.2 Merekod / Mencatat Tugas Yang Dijalankan

Jangkamasa ditetapkan : Februari hingga September

Pelancaran : 18 Februari 2008

Pencarian Maklumat : Februari - September

Lawatan Tapak Ekspo : 6 Jun 2008

Penutup : 19 September 2008

Bahan/Sumber : Laman web rasmi PEMADAN

Pameran Ekspo

Surat khabar

a. Majlis Pelancaran

Pelajar terlibat dengan perhimpunan rasmi, nyanyian lagu rasmi, pembacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia, ucapanpengetua kuiz, pameran, nyanyian lagu benci dadah.

b. Lawatan Tapak Ekspo

Program ini diadakan oleh komuniti penduduk rumah pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam setiap tahun, selain membantu melancarkan program tersebut sebagai sukarelawan, pelajar juga berpeluang melihat pameran-pameran agensi-agensi pembenterasan jenayah, dadah dan aids disamping pameran-pemeran lain. Antara agensi –agensi yang terlibat dengan pembenterasan najis dadah termasuklah Agensi Anti dadah Kebangsaan, PEMADAM, Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Penjara Malaysia dan bahagian narkotik.

c. Pencarian maklumat

Sumber-sumber yang dicadangkan termasuklah:

- Laman Web Rasmi Pemadam http://www.pemadam.org.my

- Pameran Ekspo

- Media elektronik dan media cetak

d. Penutupan prgram

Kami telah berbincang dengan pihak pengurusan bahawa pada 19 September 2008, pada jam 8.00 hingga 10.00pm program ini ditamatkan dengan aktiviti pertandingan sajak anti dadah, pertandingan melukis poster anti dadah dan kuiz serta penyiapan dan pameran buku skrap yang disediakan oleh pelajar. Lokasi di tapak perhmpunan dan perpustakaan.

3.2.3 Masalah-masalah pelaksanaan

Penglibatan pelajar kurang memuaskan. Guru terpaksa membuat ulangan arahan beberapa kali dalam proses melaksanakan projek.

3.3 Refleksi

3.3.1 Menilai Kerja Yang Telah Dijalankan

Aktiviti yang dirancang telah mendapat kerjasama yang agak memberangsangkan dan berjaya menyumbangkan sesuatu kepada pihak sekolah walaupun ada segelintir pelajar enggan melibatkan diri dalam projek ini.

4 CADANGAN

Aktiviti ini wajar diteruskan sepanjang tahun supaya selain memberi pengetahuan, ia turut membantu membentuk keperibadian pelajar supaya menjauhkan diri dari dadah.

5 PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Penduduk Rumah Pangsa Tasek 64, ibubaba, pelajar-pelajar yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit bagi melancar projek ini.




Guru sedang mendengar ucapan

Pelajar turut sama mendengar ucapan

Bacaan Perutusa oleh En Rashid B Rahman, GPK HEM
SMK Bandar Seri Alam

Ucapan Puan Pengetua

Pelancaran Bulan Anti Dadah Oleh Pn Hjh Saleha Bt Kasmani
Pengetua SMK Bandar Seri Alam

Pemenang Kuiz Anti Dadah (Pelajar)

Pemenang Anti Dadah (Guru)


Aktiviti Dilaksanakan

a. Nyanyian Lagu Rasmi
b. Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia
c. Ucapan dan pelancaran bulan Anti Dadah
d. Kuiz Anti Dadah Guru danPelajar
e. Ikrar Anti Dadah

LAPORAN BENGKEL ITEM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

LAPORAN

BENGKEL PEMBINAAN ITEM

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN 1, 2 3 DAN 4

1. Tarikh : 13 September 2008.

2. Hari : Sabtu

3. Masa : 8.30am – 4.00pm

4. Kehadiran : Semua sekolah hadir kecuali

SMK Taman Pasir Putih

SMK Seri Alam 2

SMK Agama Johor Bahru

Madrasah Al Attas Arabiah

5. Matlamat : Menyediakan item soalan Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

berpusat bagi peperiksaan setara akhir tahun 2008.

6. Objektif : - Mengenal pasti item soalan yang sesuai bagi 6 tema mengikut tahap

kesukaran 50% mudah, 30% sederhana dan 20% sukar.

- Membincangkan dan memperincikan soalan item 20 soalan objektif dan

30 iten soalan subjektif mengikut tahap kesukaran yang ditetapkan.

- Menyediakan sekurang-kurang satu set soalan dan skema jawapan bagi

tingkatan 1, 2, 3 dan 4

7. Perjalanan Aktiviti

8.00am Pendaftaran

8.30am Taklimat Oleh En Razak B Abdul Samad

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

9.00am Perbincangan kumpulan Pembina item seperti yang

diputuskan dalam mesyuarat sebelum ini.

3.30pm Pengumpulan Item

4.00pm Bersurai

8. Perincian aktiviti :

Bengkel pembinaan item telah dimulakan tepat jam 8.30am oleh En Razak B Abdul Samad dengan beberapa perkara:

a. Kehadiran semua ahli perlu tepat pada masanya.

b. Semoga bengkel ini dapat mencapai kejayaan seperti diharapkan.

c. Semua ahli yang hadir mendapat peruntukan sebanyak RM12.00 dalam bentuk makanan ringan (kerepek).

d. Sekolah yang tidak menghantar ahli akan diminta menghantar surat tunjuk sebab kerana peruntukan telah dikeluarkan dan makluman bengkel telah diberitahu semasa dalam mesyuarat sebelum ini.

e. Soalan perlu mengikut JSU, 50% aras rendah, 30% aras sederhana dan 20% aras tinggi.

f. Sijil kehadiran akan dikeluarkan dan semua ahli menulis nama dan no kad pengenalan selengkapnya bagi urusan penyediaan sijil.

g. Memastikan pergerakan panitia SK daerah mantap tahun hadapan.

h. Semua ahli boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling semasa dan perlu dihantar secara kelompok melalui Pn Aspalela Bt Jaafar, Setiausaha Daerah Panitia PSK.

Bengkel kemudian dikendalikan dibawah En Yatiman Bin Kamsidin yang telah menggariskan dalam pembinaan item seperti berikut:

a. Item dibina perlu mengikut JSU yang ditetapkan iaitu 50% aras rendah, 30% aras sederhana dan 20% aras tinggi dengan bahagian A (20 soalan ojektif) dan bahagian B(30markah soalan subjektif) dengan masing-masing membawa 20 dan 30 markah yang membawa 60% markah keseluruhan dalam bidang pengetahuan.

b. Manakala komponan-komponan markah lain ialah 20%(nilai dan sikap) dan 20%(projek khidmat masyarakat)

c. Item perlu mengikut keenam-enam tema seperti contoh berikut:

Bahagian A (Objektif)

No Tema Tahap Kesukaran Item

01 Pencapaian Kendiri Rendah

02 Hubungan Kekeluargaan Rendah

03 Hidup Bermasyarakat Rendah

04 Warisan Kepelbagaian Budaya

Malaysia Rendah

05 Malaysia Negara Berdaulat Rendah

06 Cabaran Masa Depan Rendah

07 Pencapaian Kendiri Rendah

08 Hubungan Kekeluargaan Rendah

09 Hidup Bermasyarakat Rendah

10 Warisan Kepelbagaian Budaya

Malaysia Rendah

11 Pencapaian Kendiri Sederhana

12 Hubungan Kekeluargaan Sederhana

13 Hidup Bermasyarakat Sederhana

14 Warisan Kepelbagaian Budaya

Malaysia Sederhana

15 Malaysia Negara Berdaulat Sederhana

16 Cabaran Masa Depan Sederhana

17 Pencapaian Kendiri Tinggi

18 Hubungan Kekeluargaan Tinggi

19 Hidup Bermasyarakat Tinggi

20 Warisan Kepelbagaian Budaya Tinggi

Kadar bilangan jawapan objektif perlu mempunyai bilangan sama bagi jawapan A, B, C dan D.

Bahagian B (Subjektif 3 soalan ikut ketetapan jawatankuasa Pembina item dengan masing membawa 10 markah)

d. Kami hanya mampu menyediakan satu set soalan bagi semua tingkatan dan dikumpulkan oleh setiausaha daerah dan akan diedarkan kepada semua sekolah selepas hari raya nanti untuk diperbanyakkan oleh pihak sekolah.

e. Tepat jam 4.00pm kami semua besurai sambil membawa juadah berbuka puasa iaitu kerepek.

9. Kekangan :

Terdapat beberapa halangan dalam melaksana bengkel ini:

1. Ramai guru yang hadir ini masih baru dalam panitia PSK daerah.

2. Masa yang disediakan terhad.

3. Tiada JU yang dilantik secara rasmi membataskan program berjalan lancar.

4. Kemudahan seperti scanner, printer dan kertas terhad.

5. Banyak komputer yang dibekal oleh pihak kerajaan yang diselia oleh guru atau dipinjam dari guru lain mengandungi banyak virus yang menjejaskan bengkel ini.

10. Cadangan

Penambah baikan:

Kami mencadangkan beberapa perkara yang perlu diambil berat bagi memastikan perjalanan Panitia Pendidikan Sivik DanKewarganegaraan di peringkat akar umbi (sekolah) agar kedudukan matapelajaran PSK bertambah mantap ialah :

1. Menetapkan semua sekolah tidak menukar guru mata pelajaran PSK sesuka hati apabila pertukaran jadual

2. Mengekalkan Ketua Panitia PSK setiap sekolah dengan lantikan rasmi dari PPD.

3. Membuat lantikan secara rasmi JU Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaran.

4. Pihak sekolah menghantar sesalinan kertas soalan keperingkat daerah untuk dikumpulkan dalam bank soalan.

11. Kesimpulan

Beberapa perkara dicapai dalam bengkel item ini iaitu:

1. Semua ajk dapat menyediakan satu set item soalan bagi tingkatan 1 hingga 4 beserta skema jawapan.

2. Mahu diadakan ditempat yang lebih selesa pada masa akan datang.

Sekian.

Disediakan oleh,

YATIMAN BIN KAMSIDIN

Lampiran 1

NAMA GURU DAN URUSETIA YANG HADIR

Nama Sekolah SMK No IC No Telefon

Aspelela Bt Jaffar Tanjung Puteri Resort 740124016500 0177152099

Mohd Norhafizi B Yunus Pasir Gudang 820207035221 0123847469

Aizat Bt Zakaria Pasir Gudang 2 831004055154 0166260764

Siti Zaila Suhati Pasir Gudang 3 740731015200 0127684807

Kamariah zainal Abiding Johor Jaya 1 710530115136 0196039259

Halizah Ahmad Johor Jaya 2 730322016270 0127111402

Fakhruriazi b Ahmad Taman Molek 820508035153 0197180559

Yatiman b Kamsidin Bandar Seri Alam 681023015595 0193791863

Qzairudin b Mat Jusoh Tmn Megah Ria 840820115025 0197105025

Nurul Firdaus bt Moktar Taman Daya 830220035516 0133889491

W. Norshamimi bt W. Hussin Mount Austin 831019035260 0129553300

Mohd Rafizul b Mat Kasim Desa Cemerlang 801101075459 0195585459

Nuranie bt Sani Kota Masai 800629015580 0127757846

Abd. Rashid b Mohamed Permas Jaya 2 690710036317 0197122933

Noor Fariza bt Ramli Seri Kota Putri 831222115178 0139853706

Farah Wahida Mohamed Isa Kota Puteri 2 830511105916 0126370033

Basri Effendi b Masri Tmn Desa Jaya 790101715013 0127410257

Nur Hidayuni Kamarudin Tmn Pelangi Indah 840502115054 0129608450

Siti Aminah bt Abdullah Puteri Wangsa 820920026064 0195944699

Nur Fatin bt Mohd Nor Wir Felda Ulu Tebrau 840926035330 0129235453

Raja Marina Irani bt Raja Ali Prmas Jaya 3 820125035244 0197034818

Shahrinawati bt Ahmad Tmn Rinting 2 690823015096 0197422225

Sakinah bt Hj Ibrahim Taman Daya 2 840310115076 0129159984

Maimun bt Junuh Dato’ Penggawa Timur 740416035228 0197308646

Mohamad Faizal b Wahab Ulu Tiram 780407025745 0175965126

Nurazlina bt Omar Permas Jaya 0137494700

Dina Izanoi Azizan Taman Daya 3 830108015830 0127872883

Normaya Rapiai Tmn Desa Tebrau 790814065444 0127195234

Seow Yen Ni Tanjung Puteri Resort 0166400165

Mohd Yusalmin Mat Zin SMKTPR 0132834901

Salmah Abd Hamid SMKTPR 0197969832

Raihanarahayu bt Mohd Yusoff SMKTPR 850522016060 0127430577

Abdul Razak b Abdul Samad PPD 0137778057

BENGKEL PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN





















SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI BAWAH NAUNGAN PPD PASIR GUDANG

1. SMK PASIR GUDANG
2. SMK PASIR GUDANG 2
3. SMK PASIR GUDANG 3
4. SMK TANJUNG PUTERI RESORT
5. SMK TAMAN PASIR PUTIH
6. SMK KOTA MASAI
7. SMK DATO' PENGGAWA TIMUR
8. SMK BANDAR SERI ALAM
9. SMK SERI ALAM 2
10. SMK TAMAN RINTING 2
11. SMK TAMAN MEGAH RIA
12. SMK SERI KOTA PUTERI
13. SMK SERI KOTA PUTERI 2
14. SMK PERMAS JAYA
15. SMK PERMAS JAYA 2
16. SMK PERMAS JAYA 3
17. SMK TAMAN MOLEK
18. SMK TAMAN DESA JAYA
19. SMK TAMAN JOHOR JAYA 1
20. SMK TAMAN JOHOR JAYA 2
21. SMK AGAMA JOHOR BAHRU
22. SMK TAMAN PELANGI INDAH
23. SMK TAMAN DESA CEMERLANG
24. SMK TAMAN DESA TEBRAU
25. SMK PUTERI WANGSA
26. SMK TAMAN MOUNT AUSTIN
27. SMK TAMAN DAYA
28. SMK TAMAN DAYA 2
29. SMK TAMAN DAYA 3
30. SMK ULU TRAM
31. SMK LKTP ULU TEBRAU
32. MADRASAH AL-ATTAS ALARABIAH