SMK BANDAR SERI ALAM
JOHOR BAHRU
TEMA : PENCAPAIAN KENDIRI
TAJUK : LEARNING TO SAY NO DRUG
SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1
TEMA : PENCAPAIAN KENDIRI
TAJUK : Learning To Say No Drug
ANJURAN : UNIT SLAD, BIMBINGAN KAUNSELING DAN
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK
SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN
TARIKH : Sepanjang Tahun
1. 18 Februari 2008 - Pelanjaran Bulan Anti Dadah
2. Februari – Ogos - Pengumpulan maklumat
3. 15-19 September - Pertandingan sajak,
Melukis Poster,
Kuiz Dadah,
Pameran Anti Dadah
Lawatan Tapak Ekspo Anti
Dadah, Aids dan Jenayah
1 PENGENALAN
Laporan projek ‘Learning To Say No Drug ’ ini disediakan untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1. Tajuk projek yang dipilih adalah berdasarkan tema ‘Pencapaian Kendiri’ . Projek ini dijalankan dengan bantuan guru-guru dan semua pelajar tingkatan 1 yang telah banyak membantu dari segi pengurusan projek dan sebagainya. Projek ini dijayakan hasil gabungan lapan buah kelas tingkatan 1, iaitu Tingkatan 1 Anggerik, 1 Bakawali, 1 Cempaka, 1 Dahlia, 1 Kenanga dan 1 Mawar, 1 Melati dan 1 Teratai.
2 OBJEKTIF PROJEK
Projek Learning To Say No Drug dipilih berdasarkan objektif yang berikut ;
1) Memberi pengetahuan tentang bahaya penggunaan dadah kepada diri, keluarga dan orang lain.
2) Menyemai kesedaran dalam diri pelajar mengenai kepentingan menjauhkan diri dari dadah.
3) Menanam semangat cintakan diri, sekolah dan komuniti dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.
3 PELAKSANAAN PROJEK
3.1 Perancangan
3.1.1 AJK Pelaksana
Penasihat : En Yatiman Bin Kamsidin
Pn Norhayati Bt Ismail
En Mat Esa B Deraman
Setiausaha : Aqilah Bt Yatiman
Naib Setiausaha: Mohd Izat B Ibrahim
Fotografi : 1. Nurul Aini Atikah Bt Jasmani
2. Nurul Anisah Bt Mahyaddin
AJK : 1. AMIRUDDIN BIN NASHARUDDIN
2. MOHD HAZIQ BIN MUSA
3. CHANG TAI SHENG
4. FARIS FAKHRULLAH BIN SUHAIMI
5. LAVANYA A/P CHANDRA SEBARAN
3.1.2 Lokasi Projek
Perkarangan sekolah dan Kawasan Rumah Flat Jalan Tasek 64, SMK Bandar Seri Alam.
3.1.3 Strategi Pelaksanaan
Projek ini dijalankan secara bersama dengan gabungan murid-murid Tingkatan 1. Tajuk projek dipilih selepas AJK berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tarikh pelaksanaan projek ialah sepanjang tahun merangkumi pelancaran Bulan Anti Dadah peringkat kebangsaan pada 18 Februari 2008, diikuti mencari data maklumat tentang dadah seperti jenis-jenis dadah, kesan penyalahgunaan dadah, akta-akta anti dadah, agensi-agensi yang terlibat dengan pembenteras anti dadah, artikal-artikal mengenai dadah melalui sumber internet menggunakan laman web PEMADAM http://www.pemadam.org.my, Pameran Ekspo Pendidikan Anti Dadah, Jenayah dan Aids yang dianjurkan oleh komuniti rumah pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam. Aktiviti ini di tamatkan dengan pertandingan kuiz, pameran buku skrap, pameran anti dadah, pertandingan melukis poster anti dadah dan pertandingan sajak anti dadah. Projek ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 iaitu Tingkatan 1 Anggerik, 1 Bakawali, 1 Cempaka, 1 Dahlia, 1 Kenanga dan 1 Mawar, 1 Melati dan 1 Teratai dan dikawal selia oleh En Yatiman Bin Kamsidin, Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Untuk menjayakan program ini memerlukan komitmen tinggi, wang ringgit, masaa dan tenaga. Semua pelajar perlu menghadiri aktiviti yang dinyatakan..
3.2 Kerja Amali
3.2.1 Melaksanakan Projek
Pelajar-pelajar tingkatan satu telah memberikan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan tugasan. Semua terlibat dalam pencarian maklumat mengenai dadah, menghadiri pameran yang ditetapkan, menyediakan wakil peserta yang untuk sama-sama terlibat.
3.2.2 Merekod / Mencatat Tugas Yang Dijalankan
Jangkamasa ditetapkan : Februari hingga September
Pelancaran : 18 Februari 2008
Pencarian Maklumat : Februari - September
Lawatan Tapak Ekspo :
Penutup :
Bahan/Sumber : Laman web rasmi PEMADAN
Pameran Ekspo
a. Majlis Pelancaran
Pelajar terlibat dengan perhimpunan rasmi, nyanyian lagu rasmi, pembacaan perutusan Menteri Pendidikan
b. Lawatan Tapak Ekspo
Program ini diadakan oleh komuniti penduduk rumah pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam setiap tahun, selain membantu melancarkan program tersebut sebagai sukarelawan, pelajar juga berpeluang melihat pameran-pameran agensi-agensi pembenterasan jenayah, dadah dan aids disamping pameran-pemeran lain. Antara agensi –agensi yang terlibat dengan pembenterasan najis dadah termasuklah Agensi Anti dadah Kebangsaan, PEMADAM, Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Penjara Malaysia dan bahagian narkotik.
c. Pencarian maklumat
Sumber-sumber yang dicadangkan termasuklah:
- Laman Web Rasmi Pemadam http://www.pemadam.org.my
- Pameran Ekspo
- Media elektronik dan media cetak
d. Penutupan prgram
Kami telah berbincang dengan pihak pengurusan bahawa pada
3.2.3 Masalah-masalah pelaksanaan
Penglibatan pelajar kurang memuaskan. Guru terpaksa membuat ulangan arahan beberapa kali dalam proses melaksanakan projek.
3.3 Refleksi
3.3.1 Menilai Kerja Yang Telah Dijalankan
Aktiviti yang dirancang telah mendapat kerjasama yang agak memberangsangkan dan berjaya menyumbangkan sesuatu kepada pihak sekolah walaupun ada segelintir pelajar enggan melibatkan diri dalam projek ini.
4 CADANGAN
Aktiviti ini wajar diteruskan sepanjang tahun supaya selain memberi pengetahuan, ia turut membantu membentuk keperibadian pelajar supaya menjauhkan diri dari dadah.
5 PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Penduduk Rumah Pangsa Tasek 64, ibubaba, pelajar-pelajar yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit bagi melancar projek ini.

Guru sedang mendengar ucapan

Pelajar turut sama mendengar ucapan

Bacaan Perutusa oleh En Rashid B Rahman, GPK HEM
SMK Bandar Seri Alam

Ucapan Puan Pengetua

Pelancaran Bulan Anti Dadah Oleh Pn Hjh Saleha Bt Kasmani
Pengetua SMK Bandar Seri Alam

Pemenang Kuiz Anti Dadah (Pelajar)

Pemenang Anti Dadah (Guru)
Aktiviti Dilaksanakan
a. Nyanyian Lagu Rasmi
b. Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia
c. Ucapan dan pelancaran bulan Anti Dadah
d. Kuiz Anti Dadah Guru danPelajar
e. Ikrar Anti Dadah
No comments:
Post a Comment